Terma & Syarat
Kemas kini terakhir: 11 November 2026
Terma & Syarat ini terpakai kepada penggunaan sistem RC Delivery Order ("Sistem") yang disediakan oleh RizalCipta ("kami"). Dengan log masuk atau menggunakan Sistem, termasuk membuka pautan tandatangan, anda bersetuju dengan terma ini.
1. Perkhidmatan
Sistem membolehkan syarikat dan cawangan menyediakan, meluluskan, menghantar dan merekod Delivery Order (DO) secara digital, termasuk tandatangan elektronik, gambar bukti, salinan kertas dan backup PDF.
2. Akaun & akses
- Akaun dicipta dan diurus oleh Admin syarikat anda. Admin bertanggungjawab menetapkan peranan dan cawangan setiap pengguna.
- Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan ID dan kata laluan anda, dan semua aktiviti di bawah akaun anda.
- Maklumkan Admin segera jika anda mengesyaki akaun anda digunakan tanpa kebenaran.
3. Kandungan & ketepatan data
- Syarikat pengguna memiliki semua data DO yang dimasukkan (pelanggan, alamat, item, tandatangan dan gambar).
- Pengguna bertanggungjawab memastikan maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan sah, serta mempunyai kebenaran untuk merekod maklumat peribadi pihak lain (cth. nama dan tandatangan penerima atau pemandu).
4. Tandatangan elektronik & pautan
- Tandatangan yang dibuat dalam Sistem atau melalui pautan tandatangan direkodkan bersama nama dan masa pelayan, dan boleh digunakan sebagai rekod elektronik selaras dengan Akta Perdagangan Elektronik 2006.
- Pautan tandatangan bersifat rasmi, terhad kepada satu DO, mempunyai tarikh luput dan hanya boleh ditandatangani sekali. Jangan kongsi pautan kepada pihak yang tidak berkaitan.
5. Penggunaan yang dilarang
- Memasukkan maklumat palsu, mengelirukan atau menyalahi undang-undang.
- Cuba mengakses data cawangan atau syarikat lain tanpa kebenaran, atau mengganggu keselamatan Sistem.
- Menyalin, menjual atau mengedar semula Sistem tanpa kebenaran bertulis kami.
6. Backup & ketersediaan
Kami berusaha memastikan Sistem sentiasa tersedia, namun gangguan boleh berlaku (cth. penyelenggaraan atau masalah rangkaian). Pengguna digalakkan membuat backup DO secara berkala melalui butang Backup dan menyimpannya di storan sendiri.
7. Harta intelek
Sistem, logo, reka bentuk dan kod sumber RC Delivery Order adalah hak milik RizalCipta. Data DO kekal milik syarikat pengguna.
8. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan atau kerosakan akibat penggunaan Sistem, kesilapan data yang dimasukkan pengguna, atau gangguan perkhidmatan pihak ketiga. Lihat juga Penafian.
9. Penamatan
Admin syarikat boleh menyekat atau memadam akses pengguna pada bila-bila masa. Kami boleh menggantung akses yang melanggar terma ini.
10. Perubahan terma
Terma ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terakhir dipaparkan di atas. Penggunaan berterusan bermaksud anda menerima terma yang dikemas kini.
11. Undang-undang
Terma ini ditadbir oleh undang-undang Malaysia.
Pertanyaan: Hubungi Kami.